Tun M sedia pertimbang jawatan perdana menteri jika dipersetujui Pakatan Harapan
Namun, buat masa ini bekas perdana menteri itu tidak berminat dengan jawatan terbabit.
"Saya tidak boleh belakangkan kawan-kawan saya dalam parti Pakatan Harapan. Kalau mereka mempunyai cadangan yang seperti itu dan ini pula dipersetujui mungkin saya terpaksa pertimbang."Tetapi pada waktu ini, saya tidak bersetuju untuk jadi perdana menteri. Saya telah menyatakan setelah saya bersara, saya tidak akan menjadi perdana menteri,” katanya menjawab salah satu soalan dalam program soal jawab #HangTanyaCheDetJawab versi 2 secara langsung di laman Facebooknya, hari ini.
Ditanya apakah peranan yang bakal dimainkan beliau sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU14 dan berjaya membentuk kerajaan, Mahathir menyatakan kesediaan menjadi penasihat.
"Saya cuma berharap parti memerintah bertanyakan kepada saya berkenaan isu-isu tertentu kerana saya menjadi perdana menteri selama 22 tahun, saya ada banyak pengalaman berguna.
“Kalau pun ada kerajaan-kerajaan yang didirikan selepas PRU14, kalau saya diberi peluang untuk beri pendapat, kalau ada soalan-soalan memerlukan perbincangan, saya bersedia ambil bahagian dalam perbincangan untuk mencari penyelesaian," katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qFjMHn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment