Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penumpang Berlumuran Darah, Pemandu Teksi Menjadi Saksi Seorang Remaja Perempuan Telah Melahirkan Bayi Di Dalam Hutan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penumpang Berlumuran Darah, Pemandu Teksi Menjadi Saksi Seorang Remaja Perempuan Telah Melahirkan Bayi Di Dalam Hutan


CHINA - Seorang pemandu teksi dilaporkan amat terkejut apabila menyaksikan penumpangnya yang dipercayai telah melahirkan seorang bayi di dalam hutan ketika beliau menurunkan penumpangnya untuk membuang air, lapor China Press.

Menurut laporan itu, pemandu teksi terbabit dikatakan telah mengambil penumpangnya iaitu seorang remaja perempuan yang berusia 15 tahun yang ingin ke hospital pada jam 2.30 petang pada hari kejadian.

Ketika dalam perjalanan, remaja terbabit memaklumkan kepadanya ingin membuang air, lalu beliau terpaksa memberhentikan teksinya di tepi jalan berdekatan dengan hutan untuk remaja berkenaan melepaskan hajatnya dalam kecemasan.

Setelah menunggu dalam 10 minit, remaja berkenaan masih belum kelihatan yang menyebabkan pemandu teksi terbabit terpaksa keluar untuk mencari remaja tersebut. Walau bagaimanapun, semakin jauh beliau berjalan masuk ke dalam hutan, beliau terdengar suara seakan-akan tangisan seorang bayi yang jelas kedengaran.

Sungguh mengejutkan apabila pemandu teksi terbabit telah menemui remaja perempuan tersebut dalam keadaan berlumuran darah di badan serta di tangannya dan juga kelihatan seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan berada bersamanya.


Dalam keadaan terkejut itu, pemandu teksi berkenaan terus menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan. Kemudiannya, pihak polis juga menghubungi pihak hospital dan juga ambulan untuk menyelamatkan remaja berkenaan bersama bayinya untuk dibawa ke hospital.

Difahamkan, sehingga kini siapakah bapa kepada bayi berkenaan masih menjadi tanda tanya apabila remaja terbabit dikatakan enggan mendedahkan siapakah lelaki tersebut, malah remaja berkenaan juga tidak mahu memberikan sebarang maklumat tentang dirinya serta keluarganya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan kes berkenaan. - Koleksi Viral



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rfIrB5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.