Doa Untuk Ayah
Ayah,
Kau terlalu istimewa bagi aku.
Assalamualaikum semua, nama manja aku Wa. Nama penuh aku hehehe takyah lah sebab nanti ramai yang kenal aku sebab yelah, kawan-kawan aku semua pembaca setia iium confession ni. Aku berusia masih muda lagi, tahun ni aku nak PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) jadi maafkan aku ya kalau bm aku agak teruk sikit sebab bm aku pun selalunya cukup cukup makan. Okay, sekian sahaja intro aku. Apa yang aku nak cerita ialah mengenai ayah aku.
Ya, ayah aku. Aku sangat cintakan ayah aku dan aku tahu, bahawa ayah aku pun sayangkan aku walaupun ayah aku jarang sekali nak tunjuk sayang tu pada aku.
Aku kadang-kadang sedih juga kalau tengok movie cerita orang putih/matsalleh sebab dalam movie, yang mainkan watak ayah tentu semuanya yang baik-baik dan sangat macam loving father yang dimana sangat baik dan bagaikan bff dengan anak perempuanya tapi aku tidak.
Ayah aku, jarang sekali tunjukkan sayang itu kepada aku tapi aku tahu dia sayangkan aku sebab..
1) Dahulu, ketika aku kecil aku banyak sangat kutu di rambut. Aku menangis sebab gatal sangat rambut aku ni. Aku mengadu pada ibu tetapi ibu aku geli dengan kutu jadi aku biarkan ajelah kutu di rambut sampai lah ayah aku dapat tahu, ayah bagai nak gila keluar cari ubat kutu malam-malam. Ayah juga lah yang syampukan rambut aku dan uruskan semua bab kutu ni.
2) Ketika menginjak remaja, aku seringkali terlupa nak bawa tuala wanita extra apabila jalan-jalan sebab kononnya tak datang bulan tapi tidak, selalunya masa aku nak jalan-jalan, makan angin lah nak datang. Aku panik bagitahu family aku tolong kakak emergency tak bawak tuala wanita. Dah lah bocorrr semua family aku macam hm sape suruh tak bawa tapi ayah aku? tidak dia lah yang terus bergegas tinggalkan makanan dan terus cari kedai berdekatan untuk beli tuala wanita. Terima kasih, ayah.
3) Oh ya, aku masih ingat lagi ketika aku darjah 4, aku dah mula tumbuh jerawat di hidung. Aku menangis sebab ianya merupakan kali pertama aku ada jerawat.
Takde siapa kisah kan aku kecuali ayah aku. Dia lah yang paling kecoh jom ikut ayah pergi farmasi.. kita beli set pencuci muka walaupun aku tak minta. Ketika mencari pencuci muka, tangan aku laju hendak pilih set pencuci muka oxy sebab aku terpengaruh dengan iklan, sekali cucian, terus jerawat hilang tetapi ayah aku tidak setuju dan memarahi aku, tak bagus ni. Nanti menghakis kulit! kecik hati aku kena marah depan orang ramai. Ayah aku pula jenis yang buat tidak tahu aje dia terus ke kaunter tanpa mengendahkan aku. Aku pun ikut sajelah ke kaunter dan tengok tengok ayah aku pilih set pencuci muka Clean & Clear. Itulah pencuci muka pertama aku yang dibeli oleh ayah. Terima kasih, ayah!
Sebenarnya, terlalu banyak kebaikan ayah aku ni. Ayah aku ni, dia jarang sekali nak cakap sayang pada aku, nak cium, peluk aku pun susah. Cakap dengan aku pun nada seperti marah kadang ada juga aku terasa hati. Senang cerita, ayah aku ni agak ganas. Kadang-kadang, aku selalu ingat ayah aku tak sayang aku tapi aku duduk dan berfikir balik, dia sebenarnya sayangkan aku.
Ayah, hadiah terbaik Wa mampu berikan kepada ayah ialah Wa jaga aurat dengan sempurna. Wa sayang sangat dekat ayah, Wa cintakan ayah.
Kepada wanita dan gadis di luar sana, tutuplah aurat mu, jagalah aurat mu. Saya pun dulu jahil, pakaian saya, tingkah laku saya.. tapi saya mula berubah sejak saya menjaga solat saya. Sejak itu, saya mula tergerak hati nak pakai stokin, nak pakai handsock dan memakai baju dan seluar longgar sebab saya mula sedar yang saya cintakan ayah saya dan saya harus jaga aurat. Saya dulu pernah duduk berangan seorang diri tiba-tiba seperti mata saya sedang menayangkan saya satu video tentang azab tidak menutup aurat dan ya, saya nampak ayah saya diseksa kerana saya tidak menutup aurat. Allahuakbar, menangis saya. Sudahlah ketika itu saya sedang dengar zikir terapi diri oleh Hafiz Hamidun yang bertajuk alhamdulillah, lagi bertambahlah esakan tangisan saya.
Pesan saya di sini, jagalah aurat mu sebaiknya wahai wanita. Ketahuilah dirimu begitu berharga. Hadiah yang terbaik seorang anak perempuan kepada ayahnya ialah menutup aurat.
Assalamualaikum, maafkan saya andai cerita saya ini tidak seronok atau tidak mengikut tajuk. Maafkan salah silap saya ya.
Wa
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rYb6f4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment