Hi! Welcome Back and Stay Tune! KPDNKK pastikan bekalan minyak masak mencukupi dan harga stabil - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KPDNKK pastikan bekalan minyak masak mencukupi dan harga stabil

SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memastikan bekalan minyak masak dan harganya stabil menjelang perayaan Aidilfitri.

Pengarah Penguatkuasa KPDNKK Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata operasi dan pemeriksaan akan dijalankan di seluruh negara bagi memastikan tiada pihak menyeleweng bekalan minyak masak termasuk yang bersubsidi.

Katanya negara merupakan pengeluar minyak sawit utama dunia dan tidak sepatutnya menghadapi masalah kekurangan bekalan minyak masak.

"Semua pihak bertanggungjawab diminta bersama-sama KPDNKK memastikan bekalan minyak masak mencukupi dan dijual dengan harga munasabah.

"Bekalan minyak masak bersubsidi akan berhadapan masalah kekurangan bekalan disebabkan oleh pihak yang tidak jujur melakukan penyelewengan termasuk mengeksport ke luar negara," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Roslan berkata bekalan minyak masak di Sabah masih belum pulih sepenuhnya.

Katanya pihaknya masih menerima aduan berlaku masalah kekurangan bekalan minyak masak di beberapa daerah antaranya di Kota Kinabalu, Tawau dan Lahad Datu.

Menurutnya aduan lain diterima adalah minyak masak bersubsidi 1 kilogram yang sepatutnya dijual pada harga RM2.50 tetapi dijual RM2.90 ke atas.

"Pihak kami memandang serius perkara ini dengan mengambil tindakan tegas menanganinya termasuk menerusi pemeriksaan di kilang membungkus minyak masak bersubsidi," katanya.

Beliau berkata bekalan minyak masak di negeri lain sudah pulih.

-- BERNAMA



Sumber KPDNKK pastikan bekalan minyak masak mencukupi dan harga stabil

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rupKK9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.