Hi! Welcome Back and Stay Tune! Warga emas 70 tahun jual tanah demi mengahwini gadis idaman berusia 25 tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Warga emas 70 tahun jual tanah demi mengahwini gadis idaman berusia 25 tahun

Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun menggemparkan penduduk di bandar ini apabila berkahwin dengan seorang gadis yang 45 tahun lebih muda daripadanya, lapor Harian Metro di BONE, INDONESIA.

Tajuddin Kammisi, 70, turut memberi mas kahwin berjumlah hampir Rp1.4 bilion (RM469,270) kepada isterinya, Andi Vytriana atau dikenali sebagai Andi Fitri, 25, yang masih belajar di Universiti Bosowa di Makassar, Sabtu lalu.

Majlis perkahwinan mereka berlangsung di Dusun Tanah Tengah, Desa Liliriawang, Bengo di Bone, Sulawesi Selatan.

Tajuddin yang juga bekas Naib Wali Kota Parepare, menjual tanahnya bagi mengahwini gadis idamannya itu.

Dalam upacara akad nikah, turut disebut mas kahwin Rp150 juta (RM50,000), kereta mewah berharga Rp400 juta (RM134,247), rumah dan emas seberat 200 gram.

Perkahwinan pasangan itu dan jumlah mas kahwin yang besar menjadi viral selepas gambar mereka tersebar di media sosial.

Ketua Desa Liliriawang, Sunding, mengesahkan perkahwinan pasangan berkenaan. – The Reporter



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2siy0v5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.