Hi! Welcome Back and Stay Tune! [Dikemaskini] Pesawat Malaysia Airlines #MH128 Berpatah Balik ke Melbourne Selepas Penumpang Mabuk Buat Hal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

[Dikemaskini] Pesawat Malaysia Airlines #MH128 Berpatah Balik ke Melbourne Selepas Penumpang Mabuk Buat Hal

Melbourne - Pesawat Malaysia Airlines MH128 terpaksa berpatah balik ke Melbourne selepas seorang penumpang cuba memasuki kokpit, kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan itu pada Rabu.

"MH128 yang berlepas dari Melbourne pada 11.11 malam (kira-kira 9 malam waktu Malaysia) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada 5.28 pagi pada 1 Jun berpatah balik ke Melbourne selepas kapten diberitahu oleh kru kabin bahawa seorang penumpang cuba memasuki kokpit," kata kenyataan itu.

Pesawat itu mendarat dengan selamat di Melbourne pada 11.41 malam.

Lapangan terbang Melbourne kini dilaporkan dalam keadaan berjaga-jaga dan semua penerbangan digantung, lapor Herald Sun.

Selain itu, satu gambar yang tersebar di atas talian turut memaparkan polis bersenjata sudah mengawal pesawat terbabit.


Kemaskini:

Beberapa laporan mengatakan lelaki itu berjaya dikawal oleh penumpang-penumpang dalam pesawat itu.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Aziz Ab Kaprawi mengesahkan penumpang terbabit mabuk. [The Star]



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qAZlLK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.