Hi! Welcome Back and Stay Tune! DoJ tidak minta sebarang maklumat rasmi - Peguam Negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DoJ tidak minta sebarang maklumat rasmi - Peguam Negara

KOTA BHARU: Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, memaklumkan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat tidak meminta sebarang maklumat secara rasmi dari Pejabat Peguam Negara bagi membantu siasatan saman sivil Jabatan Keadilan berhubung dakwaan penyelewengan dana 1MDB.

Katanya sehingga hari ini, DoJ tidak mengemukakan permohonan untuk mendapatkan sebarang maklumat atau keterangan dari pejabat beliau.

“Hingga hari ini, DoJ langsung tak buat permohonan atau permintaan kepada saya untuk mendapatkan keterangan atau maklumat lanjut mengenai apa yang dituntut tersebut,” ujar beliau.

Menurut Mohamed Apandi lagi, saman sivil yang dikemukakan itu disifatkan beliau sebagai satu tuntutan bersifat politik yang bukannya berlandaskan undang-undang.

Sekiranya mereka mengemukakan tuntutan secara rasmi, pihak Jabatan Peguam Negara bersedia bekerjasama dan memberikan keterangan.

DoJ awal bulan ini memfailkan tuntutan undang-undang sivil bagi tahun ini dan tahun lalu dengan tujuan merampas semula aset yang dikatakan dibeli dengan wang yang diselewengkan daripada 1MDB.

Mohamed Apandi berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Keluarga Tok Awang Gagah di Salor siang tadi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2thmvYv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.