14 penduduk kampung yang hilang dalam hutan simpan di Sabah sejak 21 Jun lalu ditemui selamat
Seramai 14 individu dikhuatiri hilang di Hutan Simpan Ulu Segama di Lahad Datu ditemui selamat, kata Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superitenden A. Sahak Rahmat.
“14 orang yang dikhuatiri hilang di Hutan Simpan Ulu Segama dekat Kinabatangan ditemui selamat,” menurut Twitter Bernama memetik A. Sahak sebagai berkata.
Menurut laporan media, lima mangsa ditemui selamat pada pagi Selasa, manakala sembilan lagi ditemui pada petang Selasa.
Terdahulu, The Star Online melaporkan kira-kira 80 orang termasuk anggota polis, bomba, Jabatan Perhilitan dan penduduk kampung terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).
A. Sahak berkata, lima mangsa dilaporkan hilang selepas mereka pergi ke hutan simpan untuk memancing di Sungai Bilong pada 21 Jun lalu.
Kelima-lima individu terbabit tidak pulang ke rumah mereka di Kampung Paris selepas dua hari menyebabkan sekumpulan sembilan penduduk kampung melakukan pencarian.
Bagaimanapun, sembilan penduduk kampung tersebut turut dilaporkan hilang.
Sumber: Mstar
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tR6Agq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment