Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dikritik berimej lelaki, Shaa jelas dia cuma lasak bukan nak jadi lelaki - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dikritik berimej lelaki, Shaa jelas dia cuma lasak bukan nak jadi lelaki

SEBELUM dikenali seperti ketika ini, penyanyi Shaa yang kini popular dengan lagu Pertama Kali pernah dikecam netizen kerana berimej seperti lelaki menerusi satu video yang tular di laman Facebook.

Pun begitu Shaa, 22, memberitahu, penampilannya pada ketika itu hanyalah sekadar ingin selarikan dengan gaya rambut pendeknya itu.

“Kalau nak tahu saya memang seorang yang kasar sejak kecil tetapi bukan bermakna saya mahu jadi seperti lelaki.

“Kebetulan ketika itu gaya rambut saya dipotong pendek dan saya memilih untuk berfesyen sebegitu kerana ingin seiring dengan fesyen rambut, tidak lebih dari itu,” katanya sambil memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan imejnya.

 

Malah kata Shaa atau Juzratul Nisha Johari, video tersebut dirakam pada tahun lalu ketika dia bersama kumpulan Darul Aman Buskers mengadakan persembahan terbuka di salah sebuah tempat reakreasi di negeri kelahirannya, Kedah.

Dalam pada itu, kata Shaa sejak dulu dia sememangnya seorang yang agak ringkas dalam berfesyen dan akan memakai apa sahaja yang dirasakan selesa.

Justeru, apabila ada yang mendakwa sejak bergelar artis dia seolah-olah bersifat hipokrit kerana memaksa diri memakai baju ala-ala kewanitaan, anak bongsu enam beradik ini ada penjelasan tersendiri.

“Setakat ini apa yang saya pakai bermakna saya selesa, bukan buat-buat selesa.

“Cuma kalau boleh janganlah bagi saya pakai baju yang nampak ‘ayu-ayu’ kerana saya tidak reti nak bawa imej sebegitu!” katanya.

Shaa kini baru sahaja selesai menjalani penggambaran klip video Pertama Kali  bersama Nova Music dan akan menemui peminat dalam waktu terdekat ini.
Sumber: Mstar



Sumber Dikritik berimej lelaki, Shaa jelas dia cuma lasak bukan nak jadi lelaki

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tgBMIv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.