Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kesatuan Eropah denda Google RM11.6 bilion - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kesatuan Eropah denda Google RM11.6 bilion

KUALA LUMPUR: Pengawal selia undang-undang anti-trust Kesatuan Eropah (EU) mengenakan denda sebanyak 2.42 billion Euro (RM 11.6 billion) ke atas Google di bawah syarikat Alphabet selepas mendakwa syarikat itu mengutamakan perkhidmatan membeli belahnya sendiri.

Ini merupakan denda terbesar dalam sejarah EU ke atas sebuah syarikat dalam kes berkaitan hilang kepercayaan. 

Suruhanjaya Eropah berkata syarikat enjin carian Internet yang paling popular di dunia itu telah diarah untuk berhenti memihak kepada perkhidmatan membeli-belah sendiri.

Google kini mempunyai 90 hari untuk memperbaiki situasi tersebut atau bakal berdepan penalti lebih tinggi sehari iaitu sehingga lima peratus daripada purata perolehan global harian Alphabet.

Sementara itu, Google berkata, ia "dengan hormatnya" tidak setuju terhadap keputusan EU itu yang dibuat selepas siasatan selama tujuh tahun.

Google juga sedang mempertimbangkan rayuan terhadap denda itu.

Perolehan global Alphabet dilaporkan sebanyak 14 juta dollar Amerika (RM60 juta) sehari.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sN1seT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.