Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pesawat Malindo Air Mendarat Cemas Di New Delhi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pesawat Malindo Air Mendarat Cemas Di New Delhi

SEBUAH pesawat Malindo Air dalam perjalanan dari Lahore, Pakistan ke Kuala Lumpur terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di New Delhi, India, Ahad lalu kerana kegagalan enjin.

Syarikat penerbangan, Malindo Air dalam satu kenyataan berkata, penerbangan OD132 yang berlepas dari Lahore, Pakistan sekitar jam 9.25 malam (waktu tempatan) pada hari Ahad menuju Kuala Lumpur terpaksa dilencongkan ke Delhi akibat masalah enjin.

“Juruterbang berjaya mengawal situasi kecemasan dengan mengikuti prosedur operasi standard dan mendarat dengan selamat di lapangan terbang terdekat iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, New Delhi dalam masa 40 minit,

“Semua 75 penumpang dilaporkan selamat dan bermalam di sebuah hotel berdekatan dengan lapangan terbang.

“Penumpang kemudiannya menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur pada hari berikutnya,” katanya.

Menurutnya, krew teknikal dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, New Delhi Pesawat untuk menjalankan pemeriksaan bagi mengetahui punca kejadian.

“Siasatan sedang dijalankan dengan pengilang enjin dan Boeing untuk mengetahui punca kejadian,” katanya.

Insiden ini adalah yang terbaru selepas sebuah pesawat AirAsia X dalam penerbangan dari Perth ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Perth selepas mengalami masalah enjin baru-baru ini. -MYNEWSHUB.CC

Video dibawah sekadar hiasan.

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sWy58e

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.