Hi! Welcome Back and Stay Tune! MIRANDA KERR SERAH BARANG KEMAS RM35 JUTA KEPADA DOJ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MIRANDA KERR SERAH BARANG KEMAS RM35 JUTA KEPADA DOJ

MODEL Australia Miranda Kerr menyerahkan barang kemas bernilai AS$8.1 juta (RM35 juta) yang dihadiahkan Jho Low kepada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), lapor Wall Street Journal.

Barang kemas itu didakwa dibeli dengan dana yang disalurkan daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh Low, atau Low Taek Jho.

Kerr menyerahkan hadiah itu pada Jumaat kepada ejen kerajaan daripada peti deposit selamatnya di Los Angeles, seorang jurucakap memberitahu WSJ.

Di antara hadiah itu adalah berlian berbentuk hati 11.72 karat bernilai AS$1.29 juta dan berlian 8.88 karat AS$ 3.8 juta.
DoJ memfailkan tiga saman sivil untuk merampas aset, termasuk barang kemas Kerr, berjumlah AS$4.5 bilion yang didakwa dibeli dengan wang yang diambil daripada firma pelaburan negara itu.

Aset lain termasuk kapal layar Low AS$250 juta, hartanah di London, New York dan Los Angeles, karya seni dan patung Oscar, yang diserahkan oleh pelakon Leonardo DiCaprio sebelum ini.

Low berikrar untuk menentang saman itu.

Kerr berpasangan dengan Low selama kira-kira setahun pada 2014, sejurus selepas perceraiannya dengan pelakon Orlando Bloom. Kerr berkahwin dengan pengasas bersama Snap Inc, Evan Spiegel bulan lepas.

Loket berlian berbentuk hati adalah hadiah untuk Kerr pada Hari Kekasih 2014 manakala rantai berbentuk hati pula hasil pereka yang berpangkalan di New York, Lorraine Schwartz.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tg09pR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.