Pihak masjid dan gereja bekerjasama untuk para jemaah yang ingin solat pada pagi Syawal
Sempena menyambut Syawal pada Ahad lalu, sebuah masjid dan gereja di Upper Thomson telah bekerjasama untuk mengawal aliran trafik di kawasan masing-masing. Seramai 1,500 jemaah hadir di masjid tersebut untuk solat Hari Raya Aidilfitri. Walaupun ramai penganut Kristian ke Gereja Presbyterian Spiritual Grace pada hari yang sama, pihak gereja itu memberi tempat letak kereta untuk para jemaah yang ingin ke Masjid Ahmad Ibrahim di Jalan Ulu Seletar.
Ini bukan kali pertama kedua-dua pihak ini bekerjasama. Malah, setiap hari Jumaat, pihak gereja selalu memberi ruangan tempat letak kereta juga untuk para jemaah masjid. Initiatif seperti ini sudah menjadi “perkongsian rasmi” sejak 20 tahun lalu. Pihak masjid juga pernah menjemput kakitangan-kakitangan gereja tersebut untuk iftar bersama.
Menurut paderi gereja tersebut, Michael Phua, para jemaah masjid yang menggunakan tempat letak kereta mereka adalah pengguna-pengguna yang bertanggungjawab. Mereka akan meninggalkan tempat letak kereta dengan kemas dan akan keluar dari gereja sebelum para penganut Kristian datang.
Pengurus masjid, Izuan M Rias, berpendapat bahawa rakyat Singapura yang berlainan agama harus melibatkan diri masing-masing untuk mengenali satu sama lain. Ini akan menunjukkan banyak persamaan antara agama-agama seperti menginginkan kedamaian.
Dia juga bertambah bahawa institusi-institusi dan semua individu juga membina sebuah sebuah pertalian untuk mengenali satu sama lain dan tidak boleh bergantung kepada pihak berkuasa sahaja.
“Masyarakat belia kita yang lebih mengenali wadah-wadah online boleh memulakan langkah ini manakala warga yang lebih dewasa digalakkan untuk mengongsi kisah-kisah tentang persahabatan berbilang kaum dan agama,” kata Izuan.
TehTarik amat kagum apabila melihat sebuah gereja dan masjid bekerjasama untuk memenuhi keperluan ibadah masing-masing. Kami harap ini menjadi contoh yang baik untuk kita bekerjasama dengan teman-teman yang berlainan agama dan budaya
Sumber: Today Online
This article is written by our writer. Feel free to share.
The post Pihak masjid dan gereja bekerjasama untuk para jemaah yang ingin solat pada pagi Syawal appeared first on TehTarikSG.
✍ Sumber Pautan : ☕ TehTarikSG
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rXeyTX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment