Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mak dan Raya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mak dan Raya

Mak dan Raya

Assalamualaikum, Selamat Hari Raya buat semua pembaca confession IIUM. Kalau confession aku ni tersiar,
aku nak ucap terimakasih pada admin sebab confession ni sangat bermakna untuk aku. Alhamdulillah kita sudah berjaya menjalankan kewajiban sebagai umat Islam. Sekarang tiba Syawal yang dinanti.

Aildilifitri. Indah masa zaman aku kecik kecik. Setiap kali Raya mesti balik kampung kalau dapat cuti. Ayah aku polis, jadi cuti tiga tahun sekali. Bila turn ayah aku cuti, seronoknya. Dia punya excited tu ya Allah. Tak kisah jauh pon. Kampung aku kat Johor. Tiba je kat kampung nampak kelapa sawit kiri kanan Yela tu da sampai rumah atok. Rindu.

Tu dulu, sejak atok tiri aku meninggal, atok perempuan aku tinggal dengan anak anak. Bila balik raya akan balik rumah anak anak atok (mak sedara pak sedara). Tak sama macam balik rumah atok. Akan ada mata mata yang memandang. Agaknya kedatangan aku dan keluarga tak diundang. Mungkin menyusahkan mereka.

Start dari situlah, hubungan keluarga aku dengan keluarga di johor makin renggang. Tak rapat macam dulu. Entah macam mana terjadi satu konflik dalaman. Yang ni biarlah aku, keluarga dan Allah sahaja yang tahu.

Ingat lagi, ayah rindu nak tengok atok. Tapi atok di rumah Mak Long. Kami sampai dalam petang dari negeri Pantai Timur. 9 jam perjalanan. Penat. Sampai sampai Mak Long sediakan air. Baru je labuhkan punggung atas kerusi. Suami Pak Long buka mulut. Habis saya nak dduk dekat mana!. Aku dan mak segera turun dan bersila di lantai. 15 minit je kami jumpa atok. Ye aku tengok jam di tangan. Menitik air mata aku. Kesian ayah. Tak lepas lagi rindu dia.

Lepas tu kami terus balik. Kami bertolak dan terus menuju ke Temerloh. Kami tido di sana. Di rumah bapa saudaraku.

Semua ni tak berakhir di sini. Sungguh Allah sedang menguji keluarga kami. Terjadi pula konflik keluarga di sebelah keluarga mak.

Keluarga belah mak aku tinggal tiga orang adik beradik. Tinggal bapa saudara dan mak saudara. Semua benda ni terjadi disebabkan hasad dengki. Ye hasad dengki. Bermula bila mak aku mulakan perniagaan. Bisnes mak maju. Alhamdulillah. Tapi ada mata tak senang melihat. Dipukul canang pada customer yang mak aku adik tak guna. Kecoh satu kedai dengan customer penuh di kedai.

Bila aku dengar cerita ni (masa ni aku kat U). Aku teringat balik masa zaman aku kecik. Masa aku 10 tahun. Bapa saudara aku ni jugakla yang tumbuk muka mak aku. Sekali dengan aku terhantuk di dinding. Ayah aku yang bengang tengok isteri dia kena tumbuk terus bagi penumbuk dan warning bapa saudara aku untuk buat police report. Berdarah hidung mak aku. Cepat cepat pegi hospital. Nasib tak patah.

Aku tak tahu apa dosa mak aku. Sekarang ni pulak, entah apa dia hasut pada mak saudara aku. Setiap kali balik ada je benda yang dia tak puas hati. Di bentak bentak mak, dilecture mak aku macam mak aku tu budak kecik. Mak aku jenis pendiam. Tak banyak cakap. Memang tak lawan. Bengkak hati aku. Kalau ikutkan hati nak je aku bidas apa yang mak sedara aku tu cakap. Tapi sebb aku ni masih hormat dia. Aku senyap je.

Aku sedih tengok nasib mak aku. Sudahla dibenci keluarga di johor. Adik dan abg sendiri pulak layan dia macam tu. Mak aku bukannya tak pandai. Dulu zaman dia muda dia dapat tawaran cikgu. Tapi arwah Mak Long aku paksa dia jaga anak anak. Paksa dia ikut balik duduk di Kuantan. Mak aku tak pandai melawan. Ikut je. Gaji langsung tak bagi. Duit belanja langsung mak aku takde. Nak keluar ke bandar hanya hulur dua ringgit. Nak menangis aku dengar kesusahan mak.

Mak..akak janji, akak akan ubah nasib keluarga kita. Biar orang tak pandang hina pada kita. Mak doakan akan success master ni. In shaa Allah.

M

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rXYqkX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.