Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua maut, tercampak keluar dari kereta di Taiping - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua maut, tercampak keluar dari kereta di Taiping

TAIPING: Dua maut selepas tercampak keluar dari kenderaan manakala dua lagi cedera dalam nahas jalan raya yang berlaku di jalan Kamunting Lama berhampiran kem Sangro pada awal pagi Selasa.

Dalam kejadian sekitar 5.40 pagi itu, S Yugendran, 27, dan M Kalidasan, 25, tercampak keluar dari kenderaan jenis Proton Saga dan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata  kemalangan tersebut membabitkan sebuah lagi kenderaan jenis Audi A5 yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 47 tahun.

Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Kamunting Lama. - Taiping Zone

"Kenderaan Audi itu menghala ke Taiping Lake Garden dari arah Batu Kurau, sebelum Proton Saga yang membawa mangsa datang dari arah bertentangan dan memasuki laluan kenderaan itu.

"Audi itu gagal mengelak dan melanggar sisi kiri Saga berkenaan menyebabkan dua mangsa tercampak keluar dari kereta dan maut di tempat kejadian," katanya kepada pemberita.

Harrith berkata kemalangan tersebut turut menyebabkan pemandu Saga mengalami kecederaan di bahagian kepala dan pemandu Audi luka ringan di bahagian tangan kanan.

Menurut beliau, mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Taiping bagi tujuan bedah siasat.

"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya lagi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tR22Xm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.