Uber Mengumumkan Ciri Untuk Menempah Pengangkutan Bagi Pengguna Lain
Sehingga kini, Uber hanya menyokong kebolehan untuk anda membuat tempahan pengangkutan ke sesuatu destinasi, dimana anda akan menaiki bersama melaluinya. Kini, dalam memudahkan anda membuat tempahan untuk ahli keluarga lain, hari ini Uber mengumumkan ciri untuk membolehkan anda membuat tempahan pengangkutan bagi pengguna yang lain.
Melalui aplikasi Uber, anda kini boleh nyatakan siapa yang akan menaikinya – dan pengguna berkenaan turut akan menerima notifikasi berkaitan sesuatu perjalanan berkenaan.
Daripada demo yang diperlihatkan, pengguna boleh memilih lokasi untuk mengambil dan lokasi dituju, seterusnya memilih siapa yang akan menaikinya daripada buku alamat telefon anda. Seterusnya anda akan boleh membuat tempahan dan boleh melihat siapakah pemandu yang akan mengambil dan menghantar.
Ciri ini telah mula diperkenalkan di lebih 30 buah negara bermula hari ini, dan Uber akan memperluaskannya ke negara-negara lain. Daripada percubaan kami melalui aplikasi Uber, ia dilihat masih tidak aktif lagi untuk kami buat masa ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sMO2PX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment