Trafik dijangka perlahan hingga lewat petang
Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata di utara, aliran trafik dilaporkan perlahan dari Pendang ke Sungai Petani, Kedah di kedua-dua arah, dari Permatang Pauh ke Perai di Pulau Pinang, dan di Perak dari Bukit Merah ke Taiping seterusnya ke Bukit Berapit dan Sungai Perak ke Terowong Menora.
"Aliran trafik juga perlahan dari Jelapang menuju ke Terowong Menora, Ipoh ke Simpang Pulai dan Bidor ke Sungkai di Perak," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.Beliau berkata bagi arah selatan, kenderaan turut bergerak perlahan di Senawang menuju ke Port Dickson, Hentian Sebelah Senawang ke Pedas Linggi di Negeri Sembilan, Pedas Linggi ke Simpang Ampat, Ayer Keroh ke Simpang Ampat di Melaka dan Kulai ke Sedenak di Johor.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia ketika dihubungi Bernama berkata aliran trafik perlahan dari Bukit Tinggi menuju ke Kuantan manakala laluan lain di Lebuhraya Pantai Timur masih terkawal setakat ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas Tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sd6LW5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment