ISTERI MO1 AKAN SEGERA MERAIH SANJUNGAN DUNIA KIRANYA
Kalau ikut logik Pengarah Komunikasi Strategik BN, Abdul Rahman Dahlan yang mengatakan “Malaysian Official 1” adalah Najib Razak dan hanya orang bodoh saja tidak mengetahui fakta tersebut, bermakna “isteri MO1” sudah tentulah Rosmah Mansor.
Ikut logik yang sama, hanya orang bodoh saja yang berani mengatakan “isteri MO1” bukan Rosmah, satu-satunya suri yang ada dalam hati Perdana Menteri.
Ikut logik berdasarkan nama pula, Leonardo Dicaprio, seorang artis Hollywood dan Miranda Kerr, model antarabangsa kelahiran Australia, sudah pasti bukan beragama Islam.
Malah, dalam kehidupan sehari-hari, kedua-dua selebriti tersebut juga tidak mungkin mengamalkan cara hidup Islam.
Namun, kejujuran dan intergiti mereka cukup tinggi serta boleh disanjung setulus hati apabila mengetahui hadiah yang mereka terima berasal dari sumber yang haram dan sedang disiasat oleh DOJ, pihak berkuasa undang-undang di Amerika Syarikat.
Dicaprio, sebaik mengetahui hadiah Oscar yang dimenangi Marlon Brando yang dihadiahkan kepadanya adalah berpunca daripada penggubahan wang haram 1MDB, dengan pantas memulangkan semula trofi tersebut.
Beliau yang pernah berlakon di bawah produksi Red Granite milik Riza Aziz, anak tiri Najib yang harta-hartanya turut menjadi sasaran DOJ untuk disita, dirampas dan dikembalikan kepada Malaysia, juga berjanji untuk memberi kerjasama penuh kepada penyiasatan yang sedang dijalankan.
Selepas Dicaprio, Miranda Kerr pula mengambil langkah terpuji dengan memulangkan barang kemas berharga AS$8.1 juta yang pernah dihadiahkan oleh Jho Low kepadanya.
Beliau nampaknya tidak teruja untuk terus memiliki perhiasan berjuta-juta lantaran mengetahui ia berpunca daripada wang 1MDB yang dicuri.
Bagi Miranda Kerr, memiliki barang kemas dan perhiasan mewah berjuta-juta memang mengujakan, namun nilainya tidak bererti sama-sekali jika ia berpunca daripada wang yang dicuri, apa lagi kalau dihadiahkan oleh sang pencuri.
Lantas, memulangkannya adalah pilihan terbaik baginya.
Tetapi, bagaimana dengan “isteri MO1” yang jelas disebut oleh DOJ menerima hadiah barang kemas keseluruhan berjumlah AS$28.6 juta atau kira-kira RM128 juta, juga daripada Jho Low?
Tidak tergerakkah dalam hati kecil “isteri MO1” yang sudah pasti beragama Islam untuk menuruti jejak langkah Dicaprio dan Miranda Kerr itu?
Sampai bila “isteri MO1” mahu berdiam diri dan tidak memberi sebarang reaksi mengenai pemilikan barang kemas itu, kecuali Rosmah, melalui peguamnya ada mengugut mahu menyaman, sedangkan selebriti bukan Islam tiada masalah untuk mengakui dan memulangkan trofi dan barang kemas yang pernah dihadiahkan kepada mereka?
Belum terlewat sebenarnya untuk “isteri MO1” meraih sanjungan seluruh dunia jika beliau juga dapat bertindak segera mencontohi apa yang telah dilakukan Dicaprio dan Miranda Kerr.
Kalau pun tidak malu dengan Tuhan dan tidak inginkan sanjungan dunia, tidak malukah “isteri MO1” kepada selebriti bukan Islam dari segi kejujuran dan menjaga wibawa diri di mata masyarakat?
– http://ift.tt/1Ka9Gf1
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rWNBzT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment