Dulu Miskin, Ini Rahsia Qatar Mampu Jadi Salah Sebuah Negara Terkaya Di Dunia
Qatar menjadi key player, baik dengan serantau atau global. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dikatakan antara tanda kejayaan negara tersebut adalah menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.
Selain itu, stesen televisyen Al-Jazeera, yang dimiliki kerajaan dan berpusat di Doha, Qatar, diiktiraf sebagai salah satu media antarabangsa yang terkemuka di dunia.
Dalam bidang politik, Qatar mampu bagi menjadi penaja utama dalam rundingan damai dalam pentengkaran di Afghanistan.
Keadaan ini jelas berbeza beberapa dekad lalu, di mana Qatar ketika itu adalah salah sebuah negara miskin di Teluk.
Beberapa dekad lalu, Qatar tidak lebih dari daerah nelayan yang berada di bawah naungan Inggeris. Negara ini merdeka pada 1971 dan tidak lama kemudian mejadi salah satu lokasi cadangan gas asli cecair (LNG) terbesar di dunia, tempat ketiga selepas Rusia dan Iran.
Dengan lokasi cadangan LNG mencecah 900 trilion kaki padu, Qatar menjadi pengeksport LNG terbesar di dunia.
Penerimaan dari minyak dan gas menjadikan pendapatan per kapita rata-rata negara ini mencecah lebih dari US$ 100,000, jauh melangkaui Amerika Syarikat.
Membeli Harrods dan perkampungan atlet London
Hasil dari itu ia membolehkan kerajaan memberikan kos pendidikan, kesihatan, air dan elektrik secara percuma. Bantuan perumahan untuk rakyat juga terjamin dan setiap rakyat dijamin untuk mendapatkan pendidikan.
Pendapatan yang banyak juga membolehkan kerajaan untuk melakukan pengembangan perniagaan dan pelaburan di luar negara.
Di England, Qatar mempunyai kepemilikan saham Shard di London, salah satu bangunan tertinggi di Eropah dan kedua tertinggi di UK, gedung serbaneka, Harrods. Bukan hanya itu, Qatar juga mempunyai kawasan bekas perkampungan atlet Olimpik London, blok apartmen mewah di Hyde Park dan sebahagian daerah kewangan di Canary Wharf.
Namun, perubahan dramatik juga menyebabkan kesan negatif lain.
"Kami menjadi bandar. Kehidupan sosial dan ekonomi kami berubah. Banyak keluarga yang berasingan dan budaya konsumtif (hanya memakai, tidak menghasilkan sendiri) semakin menjadi-jadi," kata Dr Kaltham Al Ghanim kepada wartawan BBC Matthew Teller.
Perubahan ini sekurang-kurangnya terasa di Doha yang tidak ubah seperti kawasan pembangunan. Bangunan lama dimusnahkan bagi membina bangunan baru.
Ditambah dengan kesesakan lalu lintas, boleh difahami kenapa warga bandar menjadi tertekan dan semakin kurang sabar.
Keakraban keluarga 'terhakis'
Menurut media tempatan, kira-kira 40% perkahwinan di Qatar berakhir dengan perceraian.
Ada juga yang risau tentang jurang generasi kerana kini hampir semua kanak-kanak dibesarkan oleh pengasuh dari Indonesia, Filipina atau Nepal.
Hubungan antara ahli keluarga yang begitu erat pada era 1960-an kini seakan menjadi semakin jauh.
"Sangat menyedihkan apabila keeratan keluarga makin lama makin hilang," kata Umm Khalaf, penduduk Doha berusia 60 tahun.
Rakyat juga merasa perhatian yang begitu besar dari masyarakat antarabangsa terhadap Qatar, terutama selepas Qatar diputuskan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022, menjadikan rakyat turut merasa bimbang.
"Kami, penduduk di Qatar merasa takut," kata Mariam Dahrouj, lulusan jurusan kewartawanan.
"Tiba-tiba saja dunia seperti mahu melihat kami. Kami adalah komuniti yang tertutup dan mereka mahu datang dengan membawa masuk perbezaan mereka. Bagaimana kami akan mempertahankan nilai-nilai kami?" katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sOlcwC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment