Hi! Welcome Back and Stay Tune! Punca Kenapa Orang Jepun Sanggup Bekerja Seharian Sampai Mati - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Punca Kenapa Orang Jepun Sanggup Bekerja Seharian Sampai Mati

(foto: nextshark.com)

Bekerja seharian penuh di Jepun bukanlah satu larangan. Kerja berlebihan sudah menjadi budaya di kalangan orang Jepun, akan tetapi hal tersebut justru boleh memberi kesan buruk bagi orang yang bekerja terlalu berlebihan.

Di Jepun ada satu istilah yang dipanggil karoshi, yang bermaksud kematian yang disebabkan kerana bekerja terlalu berlebihan. Ramai pekerja muda di Jepun yang tidak menyedari yang mereka telah bekerja melebihi batas biasa kemampuan badan mereka, sehingga akhirnya boleh mengakibatkan kematian.

Dalam sebuah wawancara dengan BBC News, Makoto Iwahashi, ahli kumpulan kempen Posse, menjelaskan punca-punca kenapa ramai pekerja muda di Jepun yang sanggup bekerja keras sampail meninggal dunia.





(Foto: tofugu.com)
Menurutnya, ramai pekerja muda yang berfikir bahawa mereka tidak ada pilihan untuk mengekalkan pekerjaan mereka dan membuktikan nilai mereka sebagai seorang pekerja. Satu-satunya pilihan yang mereka ada adalah menjadi budak bagi syarikat tempat mereka bekerja.

Bukan itu saja, banyak pula syarikat di Jepun yang menuntut para pekerja supaya bekerja lebih masa. Kerana tidak ada pilihan lain demi menunjukkan dedikasi sebagai seorang pekerja, ramai pekerja muda sanggup bekerja lebih lama dari batas normalnya.

(Foto: redpepper.co.uk)
Persekitaran kerja di Jepun telah menjadi seperti medan pertempuran bagi kelangsungan hidup para tenaga kerja. Mereka berlumba-lumba bekerja keras untuk membuktikan bahawa mereka sangat diperlukan di syarikat.

Dalam satu laporan yang disiarkan CNBC, satu kajian tahun 2016 menunjukkan bahawa kira-kira 12% syarikat di Jepun menambahlan 100 jam kerja lebih masa bagi setiap bulan, sementara 23% syarikat menambah kira-kira 80 jam kerja lebih masa dalam sebulan.

Bagi menyelesaikan masalah ini, kerajaan Jepun sedang mengajukan undang-undang yang hanya membenarkan syarikat untuk menambah 45 hingga 60 jam kerja lebih masa bagi setiap bulan.




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sf1D3y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.