Kabinet Sarawak akan bincang isu Cukai Pelancongan Khamis minggu depan
"Kita tunggu keputusan kabinet (Sarawak) kerana saya tidak boleh membuat keputusan bersendirian.
"Apa juga keputusan kita akan pastikan ia holistik supaya tidak menimbulkan kesulitan kepada kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri,'' katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Abdul Karim juga yakin isu itu dapat diselesaikan dengan baik.
Ditanya mengenai kegagalan anggota parlimen dari Sarawak membantah akta itu semasa ia dibentangkan dalam bentuk rang undang-undang di Parlimen pada sesi lalu, Abdul Rahim berkata beliau tidak mahu menyalahkan anggota parlimen terbabit."Jika kita lihat bagaimana undang-undang ini dibawa ke Parlimen masa itu... kenapa ia dibuat secara tergesa-gesa?
''Kalau tidak silap saya ada lapan rang undang-undang dikumpul bersama dan rang undang-undang cukai pelancongan ini adalah yang terakhir dibahaskan. Kalau tidak silap saya ia dibahas pada jam 4 pagi.
''Bagi saya itu adalah waktu untuk orang berehat dan tidur dan kenapa begitu terdesak untuk dibahaskan (pada masa itu)," katanya.
Abdul Karim sebelum ini dilaporkan meminta kerajaan persekutuan menangguhkan penguatkuasaan cukai tersebut di Sabah dan Sarawak kerana khuatir cukai baharu itu akan membawa impak negatif kepada industri pelancongan.
Kenyataan Abdul Karim itu dibidas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sekali gus mencetuskan polemik.
Cukai itu yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Julai ini mengenakan kadar RM2.50 hingga RM20 semalam untuk penginapan di hotel.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rdIsmp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment