Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zahid arah polis P. Pinang perangi judi habis-habisan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zahid arah polis P. Pinang perangi judi habis-habisan

BALIK PULAU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan polis Pulau Pinang memerangi habis-habisan kegiatan perjudian yang disifatkannya sebagai semakin serius di negeri itu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mahu mereka yang terlibat dalam kegiatan itu terutama dalangnya ditangkap dan didakwa di mahkamah.

"Mulai hari ini, saya arahkan ketua polis negeri (banteras judi). Saya tidak mahu lagi ada laporan 'kingpin' (dalang) terdiri daripada tauke besar (ada) di Pulau Pinang.

"Jangan khuatir, jangan takut. Kami di Bukit Aman, KDN (Kementerian Dalam Negeri) akan berada di belakang polis (Pulau Pinang) untuk beri sokongan kuat (hapuskan judi)," katanya berucap pada Program Penerapan Nilai-nilai Murni Ramadan Kementerian Dalam Negeri di Masjid Daerah Barat Daya di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis negeri Datuk Chuah Ghee Lye serta pegawai-pegawai kanan Bukit Aman dan kontinjen negeri.

Hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Ahmad Zahid berkata jika kegiatan judi tidak dihapuskan sepenuhnya, beliau khuatir ada sindiket yang akan menggunakan hasil kegiatan mereka untuk membiayai parti-parti politik, terutama semasa pilihan raya umum.

"Ini bukan tuduhan, cuma dikhuatiri (berlaku pembiayaan parti politik)," katanya.

Selain itu katanya beliau juga tidak mahu masyarakat di Pulau Pinang menjadi mangsa berikutan perjudian merupakan masalah paling tinggi di negeri tersebut.

"Saya bersimpati dengan mereka yang menjadi mangsa judi," katanya.

Sehubungan itu Ahmad Zahid mahu usaha membanteras kegiatan jenayah terutama perjudian dijadikan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) polis kontinjen Pulau Pinang.

"Setakat ini saya puas hati dengan kerja Datuk Chuah kerana jenayah indeks turun," katanya.

Menyentuh mengenai politik negeri itu, Naib Presiden UMNO berkenaan berharap satu perubahan besar berlaku pada masa depan.

" ...sesuatu yang drastik boleh berlaku jika kita bekerja lebih kuat," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2re8whl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.