Hi! Welcome Back and Stay Tune! Keadilan, tindakan tegas akan diambil atas kematian T. Nhaveen - PM Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Keadilan, tindakan tegas akan diambil atas kematian T. Nhaveen - PM Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keadilan dan tindakan tegas akan diambil berikutan kematian T. Nhaveen, 18, yang dipukul dengan ganas dalam serangan oleh sekumpulan lelaki di Jalan Kaki Bukit, Georgetown Sabtu lepas.

Remaja itu meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada 6 petang hari ini.

Menyatakan rasa sedihnya atas kematian T.Nhaveen, Najib mengucapkan takziah kepada keluarganya.

"Sedih mendapat berita kematian T.Nhaveen. Takziah kepada keluarganya. Keadilan dan tindakan tegas akan diambil terhadap penyerangnya," kata beliau dalam catatan di Twitter.

BACA: Mangsa buli T. Nhaveen meninggal dunia

Dalam kejadian itu yang berlaku pada 2.10 pagi, mangsa dan seorang lain, masing-masing berusia 18 dan 19 tahun, sedang membeli burger bila mereka ternampak dua lelaki yang mereka kenali dan mereka mula ejek-mengejek, sebelum enam suspek lain tiba.

Dua mangsa itu dipercayai telah dipukul dengan helmet, serta ditumbuk dan ditendang oleh kumpulan itu sebelum mangsa berusia 19 tahun sempat melarikan diri dan memberitahu bapa saudaranya mengenai kejadian itu.


-- BERNAMA

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rkxATI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.