Hi! Welcome Back and Stay Tune! Motorola Moto Z2 Play Dilancarkan Dengan Empat Moto Mods Baru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Motorola Moto Z2 Play Dilancarkan Dengan Empat Moto Mods Baru

Motorola Moto Z2 Play akhirnya dilancarkan secara rasmi hari sebagai model pengganti kepada Moto Z Play. Beberapa peningkatan dilakukan tetapi ia masih lagi mengekalkan skrin 5.5″ AMOLED HD penuh serta sokongan aksesori modular Moto Mods.

Pemproses dipertingkatkan ke cip Snapdragon 626 dengan memori sebesar 3/4 GB RAM dan storan 32/64 GB. Kamera utama sebesar 12-Megapixel f/1.7 dual pixel. Ini ialah saiz sensor lebih kecil berbanding 16-Megapixel pada Moto Z Play. Kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel f/2.2 dengan sokongan flash berkembar untuk selfie lebih terang. Bateri 3000 mAh disertakan dan ini adalah lebih kecil berbanding 3510 mAh tahun lalu.

Empat Moto Mods baru turut dilancarkan iaitu JBL SoundBoost 2, Moto TurboPower Pack, Moto Style Shells dengan pengecasan tanpa wayar dan Moto GamePad. Pembesar suara JBL SoundBoost 2 kini mempunyai kemasan kain serta kalis percikan air. Moto Style Shell dengan pengecasan tanpa wayar kini menyokong pengecasan pantas 10 W. Moto GamePad pula pengawal permainan dengan dua tombol analog serta bateri sebesar 1035 mAh. Akhir sekali Moto TurboPower Pack dilengkapi bateri sebesar 3,490mAh dengan sokonga pengecasan pantas 15 W.

Motorola Moto Z2 Play dijual pada harga $499 (~RM 2140) untuk model dengan storan 64 GB. Aksesori Moto Mods yang lain pula dijual pada harga $79.99 (~RM 343) manakala Style Shells pada harga $39.99 (~RM 172).



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2si5hGs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.