Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siti Kasim kutip derma untuk saman JAWI, berikrar akan pertahankan LGBT - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siti Kasim kutip derma untuk saman JAWI, berikrar akan pertahankan LGBT

Siti Kasim kutip derma untuk saman JAWI, berikrar akan pertahankan LGBT

Siti Kasim kutip derma untuk saman JAWI, berikrar akan pertahankan LGBT

KUALA LUMPUR: Siti Kasim menyeru para penyokongnya untuk beramai-ramai menyumbangkan derma bagi membiayai perjuangannya untuk menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dan juga bagi menampung kosnya mempertahankan diri di mahkamah.

Siti Kasim menegaskan bahawa beliau akan melawan JAWI berhabis-habisan, dan menyeru rakyat Malaysia untuk turut menyokong perjuangannya itu.

“Kita jangan benarkan sesiapa pun untuk menunjukkan kekuatannya hanya kerana mereka ingat mereka boleh melakukannya,” tegas Siti Kasim.

Siti Kasim telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 23 Jun lepas dan didakwa atas tuduhan “menghalang tugas penjawat awam” di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Pada April tahun lepas, Siti Kasim dikatakan telah menghalang pegawai penguatkuasa JAWI menjalankan tugas semasa JAWI mengadakan serbuan di satu acara mak nyah di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.

Siti Kasim berikrar di hadapan pihak media bahawa beliau akan terus mempertahankan hak LGBT.

“Saya takkan mengalah dan akan teruskan apa yang selalu saya buat; pertahankan hak semua orang bukan sahaja komuniti LGBT, tetapi komuniti yang lain juga. Semua orang harus berani pertahankan hak mereka,” ikrar Siti Kasim.

“Kita harus berhentikan tindakan ini. Bagi saya serbuan ini satu tindakan menyalahi undang-undang terhadap komuniti mak nyah!” tegas beliau.

Sumber: Menara.my

 



Sumber Siti Kasim kutip derma untuk saman JAWI, berikrar akan pertahankan LGBT

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uajOUH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.