Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terminal SkyPark jangka kenaikan dalam trafik penumpang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terminal SkyPark jangka kenaikan dalam trafik penumpang

KUALA LUMPUR: Terminal SkyPark menjangkakan peningkatan dalam trafik penumpang melalui usaha-usaha yang diambil untuk memperbaiki sambungan, kos, dan kemudahan.

Ini termasuk meningkatkan sambungan keluar masuk lapangan terbang melalui kereta api dan jalan raya, kata Pengarah Eksekutif Subang SkyPark Sdn Bhd Tan Sri Ravindran Menon.

Antara yang paling ketara adalah SkyPark KTM Rail Link, dijadualkan siap menjelang akhir 2017, yang akan berkhidmat sebagai lanjutan kepada landasan KTM Subang Jaya, yang akan menyambungkan lapangan terbang itu dengan KL Sentral.

Syarikat merancang untuk memperluaskan lapangan terbang melalui cadangan pembangunan Terminal 2, yang akan bermula pada penghujung tahun ini, ini akan membawa kepada tambahan lima juta penumpang.

"Terminal Skypark baru-baru ini telah melepasi kiraan 15 juta penumpang, berbanding dengan hanya 300,000 penumpang pada tahun pertama operasi kami dalam 2008.

"Kami percaya bahawa usaha-usaha yang diambil untuk meningkatkan samungan akan mampu meningkatkan bilangan penumpang kerana ia akan menjadi lebih mudah dan kos efektif bagi mereka untuk bergerak lancar dari satu titik ke satu lagi," katanya dalam satu kenyataan.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qFeZWm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.