Hi! Welcome Back and Stay Tune! Waris beri amaran pada Shakirin: “Padam atau kami ambil tindakan” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Waris beri amaran pada Shakirin: “Padam atau kami ambil tindakan”

ADUH, belum pun sempat dilancarkan secara rasmi, lagu pasukan bola sepak Negeri Sembilan ciptaan Waris sudah pun dimuat naik oleh individu tidak bertanggungjawab.

Waris menerusi Instagram miliknya memberi amaran terhadap seorang individu agar memadam lagu tersebut daripada akaun YouTube peribadinya.

Jika tidak, pihaknya akan megambil tindakan undang-undang terhadap perkara berkenaan.

“Kepada Shakirin, tolong jangan keluarkan lagu ini. Turunkan secepat mungkin atau saya dan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) akan ambil tindakan undang-undang ke atas anda. Sudah dua kali, sebelum ini di Facebook #amaran #amaran #amaran,” tulisnya.

Menurut penyanyi lagu Gadis Jolobu ini, ia merupakan kali kedua lagu tersebut cuba dibocorkan kepada umum.

Bagaimanapun, lagu berdurasi 3.44 minit itu sudah dipadamkan daripada laman Youtube individu tersebut.

Sementara itu, netizen turut meluahkan rasa marah dan geram terhadap kebocoran lagu berkenaan.

@offxcial9: Video ni dah banyak kongsi-kongsi dalam group.

@ayed_fni: banyak dah, macam mana nak delete boss. Ambil tindakan saja.

@einasaad_86: Sebelum dia buat kali ketiga, baik ambil tindakan, Koba kek dio…jangan ghoma memandai-mandai (khabar pada dia, jangan gemar memandai-mandai).

@fazmi_md: Lindungi hak cipta sendiri, ada saluran yg betul ehh… sambil ambil tindakan yang sepatutnya.

Terdahulu, penyanyi dan komposer ini pernah memberitahu mStar Online, lagu berkenaan merupakan kerjasamanya dengan PBNS.

Lagu tersebut dijangka bakal dilancarkan tidak lama lagi berikutan masih dalam proses penggambaran muzik video.

Sumber: Mstar

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tmv53U

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.