46 pegawai kanan PDRM bertukar jawatan
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran jawatan membabitkan 46 pegawai kanannya berkuat kuasa 7 Ogos ini.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman, Datin Asmawati Ahmad berkata, mendahului senarai pertukaran adalah Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah yang bertukar jawatan kepada Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman.
"Seterusnya, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh bertukar sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.
"Jawatan Zulkifli akan diambil alih oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Abdul Ghaafar Rejab, manakala jawatan Mohmad pula diganti oleh Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.
"Selain itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor akan bertukar sebagai Ketua Polis Selangor dan jawatannya diambil alih oleh Timbalan Pengarah (Kepolisan Am) Jabatan Keselamatan Dalam, Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Amer Awal serta diikuti beberapa pegawai kanan yang lain," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.-HMetro
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tHnscc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment