Alangkah Bagusnya Kalau Berlaku Di Malaysia...
Mahkamah tertinggi Pakistan hari ini melucutkan Perdana Menteri Nawaz Sharif daripada jawatannya selepas siasatan mengenai kekayaan keluarganya.
Mahkamah Agung memecat Nawaz selepas panel siasatan mendapati keluarganya gagal menjelaskan kekayaan luar biasa mereka.
Media Pakistan melaporkan siasatan jenayah akan dimulakan terhadap Nawaz dan beberapa ahli keluarganya.
Mereka termasuk anak Nawaz, Hassan dan Hussein, serta Maryam Nawaz dan suaminya Muhammad Safdar.
“Beliau tidak lagi layak menganggotai parlimen, dan ditamatkan daripada jawatan perdana menteri,” kata hakim Ejaz Afzal Khan dipetik akhbar Dawn.
Ia merupakan kali kedua Mahkamah Agung negara itu memecat seorang perdana menteri dalam 70 tahun.
Pada 2012, bekas perdana menteri Yousaf Raza Gilani dilucutkan kerana tidak menghormati mahkamah untuk membuka siasatan rasuah terhadap presiden ketika itu, Asif Ali Zardari. - fmt
✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v6hQZX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment