Hi! Welcome Back and Stay Tune! Alif Aziz Kena Tahan Belasah Isteri Dalam Pantang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Alif Aziz Kena Tahan Belasah Isteri Dalam Pantang

Pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Alif Aziz ditahan kerana didakwa memukul isterinya di sebuah pusat hiburan di Cheras, petang semalam.

Alif Aziz Kena Tahan Belasah Isteri Dalam Pantang

Isteri Alif, Dayang Nabelah, 23, telah pergi ke premis hiburan tersebut bersama ibunya kira-kira jam 4.30 petang untuk mencari suaminya.

Bagaimanapun ketiba tiba di sana Nabelah mendapati suaminya bersama wanita lain dalam sebuah bilik karaoke dan mengambil gambar mereka sebelum berlaku pertengkaran mulut antara pasangan suami isteri itu.

Alif yang berang dengan tindakan Nabella telah merampas telefon bimbit isterinya itu dan memadam gambar bukti diambil sebelum mencampakkan telefon ke arah mangsa.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin, berkata kejadian mengakibatkan mangsa luka di muka dan lutut akibat dipukul, selain mendakwa ditolak dengan siku oleh suaminya.

"Selepas kejadian, artis terbabit meninggalkan pusat hiburan berkenaan bersama wanita di bilik berkenaan dan meninggalkan isterinya sendirian yang menahan kesakitan.

"Mangsa menerima rawatan pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan tampil membuat laporan polis selepas itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kok Sin berkata, pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga November tahun lalu dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia 20 hari.

Susulan laporan itu, artis berkenaan ditahan pada jam 2.30 pagi tadi di Jalan Peel, Cheras dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah tangga (KRT) 1994.

✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tQU9VF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.