Hi! Welcome Back and Stay Tune! APA JAMINAN ZAHID HAMIDI KALI INI? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

APA JAMINAN ZAHID HAMIDI KALI INI?

Ketika Parti Pribumi Bersatu Malaysia mahu didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan pada Julai 2016 dahulu, Zahid Hamidi dengan pantas memberi jaminan pihaknya tidak ada masalah untuk meluluskan pendaftaran parti baru itu.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri dilaporkan berkata, jika semua syarat-syaratnya sudah dipatuhi, beliau akan menyegerakan kelulusannya.
Katanya lagi, sebarang keputusan akan diketahui dalam tempoh 30 hari selepas ia dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan.
Sebagai Menteri Dalam Negeri, Jabatan Pendaftar Pertubuhan adalah di bawah tanggungjawab saya, kalau syarat-syaratnya dipenuhi, kelulusannya Insya Allah,  akan disegerakan, demikian Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata.
Dan sebagaimana yang terbukti kemudian, Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau PPBM yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad akhirnya menerima kelulusan pada 9 Ogos 2016, iaitu tidak lari daripada tempoh sebulan sebagaimana yang dijanjikan oleh Zahid Hamid.
Muhyiddin Yassin selaku Presiden PPBM sendiri ketika itu berkata, “Kita nak ucapkan terima kasih kepada Pendaftar Pertubuhan dan Menteri Dalam Negeri kerana memberi kelulusan ini dalam tempoh 30 hari sebagaimana yang pernah dijanjikan.”
Kini, setelah PPBM didaftarkan, Tun Mahathir akan memasuki fasa kedua dengan mendaftarkan pula Pakatan Harapan, sebuah gabungan rasmi untuk menentang BN.
Sama seperti PPBM, Tun Mahathir juga adalah Pengerusi Pakatan Harapan.
Dengan struktur kepimpinan dan logo HAR🔺PAN sudah dipersetujui dan diumumkan minggu lalu, yang terpenting sekali ialah pendaftaran Pakatan Harapan itu akan membolehkan penggunaan satu logo untuk berlawan dengan dacing yang mewakili BN.
Permohonan untuk mendaftarkan Pakatan Harapan dijangka akan dikemukakan pada minggu depan.
Soalnya, apa jaminan Zahid Hamidi kali ini?
Akan disegerakan? 30 hari akan diluluskan? Atau bagaimana?

Masihkah ada jaminan daripada Zahid Hamidi sama seperti kepada PPBM dahulu atau layanan kepada Pakatan Harapan kali ini akan jadi berbeza?

– http://ift.tt/1Ka9Gf1

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gRFRy1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.