‘JANGAN SEJARAH 11 BULAN 2008 BERULANG’
TAIPING – Rakyat perlu terus bersama Umno supaya sejarah 11 bulan yang berlaku di Perak pada 2008 tidak berulang.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sekiranya sejarah 11 bulan itu berlaku di peringkat pusat, rakyat harus sedar siapa kuasa sebenar yang bakal menguasai pentadbiran.
Menurutnya, Pakatan Harapan mempunyai tiga pemimpin seperti diumumkan iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Mengikut pola dan ramalan saya, parti pembangkang yang mempunyai kerusi paling banyak ialah parti DAP.
“Walaupun pemimpin mereka (DAP) tidak dicalonkan sebagai perdana menteri, namun mereka lebih berkuasa. Dalam keadaan tersebut kita tahu siapa yang akan mempengaruhi segala keputusan besar.
“Keadaan itulah yang berlaku di negeri Perak pada 2008. 11 bulan kita ada kerajaan yang dikuasai kuasa belakang tabir,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Taiping kali ke-29 di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Taiping, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie.
– SH
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gRYmSU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment