APA STATUS SURAT ‘RAHSIA’ 1MDB, TANYA TONY PUA
ADAKAH ketua setiausaha perbendahraan dan kini merupakan Pengerusi 1MDB, Irwan Serigar menyedari kewujudan Surat Sokongan “rahsia” ketiga untuk 1MDB bagi melakukan pinjaman dengan Deutsche Bank pada September 2014?
Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, jawapan rasmi yang dikeluarkan Kementerian Kewangan pada Mac 2016 mengatakan hanya terdapat dua Surat Sokongan yang dikeluarkan pada Mac 2013 untuk pinjaman AS$3 bilion dan sepucuk lagi surat dikeluarkan pada Mac 2015 untuk pinjaman AS$50 juta.
“Adakah jawapan yang dikeluarkan ketua setiausaha perbendaharaan satu kesilapan? Atau dia tidak menyedari yang wujudnya Surat Sokongan ‘rahsia’ ketiga yang sebenarnya dikeluarkan Menteri Kewangan Najib Razak?” soal Pua dalam satu kenyataan hari ini.
“Kedua, walaupun sekiranya dia sebelum ini tidak menyedari surat ‘rahsia’ itu, Irwan, selaku ketua setiausaha perbendaharaan dan pengerusi 1MDB perlu menyiasat. Adakah dia sudah mengesahkan kewujudan Surat Sokongan ini dengan Duetsche Bank seperti didakwa DoJ AS (Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat)? tanya Pua lagi.
Ketua publisiti kebangsaan DAP itu berkata sekiranya Irwan gagal mengesahkan surat ketiga itu, dia tidak layak untuk terus memegang jawatan sebagai ketua setiausaha perbendaharaan dan pengerusi 1MDB.
Saman terbaru yang difailkan DoJ bulan lepas mendakwa Malaysian Official 1 (MO1) menandatangani Surat Sokongan ketiga untuk 1MDB mendapatkan pinjaman berjumlah AS$975 juta daripada konsortium diterajui Deutsche Bank pada September 2014.
“Ini adalah Surat Sokongan ketiga dikeluarkan Malaysia yang menjamin pinjaman 1MDB,” kata Pua.
“Surat itu menyebut yang ‘dalam situasi 1MDB…gagal menyediakan dana yang diperlukan, Malaysia akan mengambil langkah untuk menyuntik kapital yang diperlukan kepada pemberi (pinjaman) atau membuat bayaran bagi memastikan tanggungjawab (kepada) pemberi (pinjaman) dipenuhi,” tambahnya.
Saman DoJ itu turut menyebut yang “rekod dalaman Deutsche Bank membayangkan yang pegawai 1MDB memilih untuk memberikan Surat Sokongan ditandatangani MO1, berbanding jaminan 1MDB…kerana surat sokongan itu tidak memerlukan kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) atau Kabinet. Atas permintaan 1MDB, semua rujukan kepada Surat Sokongan itu dikeluarkan daripada Perjanjian Pinjaman.”
Pua mengatakan dia berusaha mendapatkan jawapan daripada Najib sama ada dia memang mengeluarkan Surat Sokongan itu atau sama ada dia membenarkan Kabinet atau kementerian kewangan berbuat demikian.
“Bagaimanapun, soalan itu tidak dijawab, sama ada dari perdana menteri ataupun Kabinetnya.
“Kerana itu, saya kini bertanyakan soalan yang sama kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Irwan Serigar yang juga dilantik sebagai pengerusi 1MDB tahun lepas,” kata Pua.
– http://ift.tt/2pAR1dR
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2viu7L0
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment