Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bot Berbendera Malaysia Ditahan Di Perairan Natuna - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bot Berbendera Malaysia Ditahan Di Perairan Natuna


Dua bot nelayan berbendera Malaysia dengan awak-awak warga Vietnam ditahan Badan Pemeliharaan Keamanan (Baharkam) Polis Republik Indonesia (Polri) di Periaran Natuna, 1 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kepri, Inspektor General Sam Budigusdian berkata, dalam dua bot yang ditahan itu terdapat 25 awak-awak warga Vietnam yang dipercayai melakukan kegiatan perikanan tanpa kebenaran.

Satu bot mengandungi 21 awak-awak diiringi satu lagi bot yang mengandungi empat awak-awak, katanya.

“Kedua-dua bot berbendera Malaysia walaupun awak-awaknya warganegara Vietnam," katanya.

Turut dirampas, satu tan ikan pelbagai jenis dipercayai hasil penangkapan di perairan Natuna.

Polis juga akan menyiasat mengapa bot itu menggunakan bendera Malaysia apabila semua krunya warga Vietnam.

“Adakah bot itu memang dari Malaysia atau menggunakan benderanya untuk mengaburi pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Bot dan awak-awak dibawa ke Batam dan diserahkan kepada petugas Pengawasan Sumber Daya Kelautan dan Perikanan, katanya.

Awak-awak Vietnam itu akan dikenakan tindakan mengikut Undang-Undang Perikanan negara itu dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga enam tahun dan denda Rp20 bilion (RM6,438,205).-Antara News


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tHpusV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.