Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Bukan Takut Bini Sebab Kawin Dua Lah,Kerana Kedua-Dua Mereka Yang Dikatakan 'Pengantin' Itu Bukan Suami Isteri. Mereka Sebaliknya Hanya Model Yang Menjayakan Projek Penggambaran Jurugambar Dari Australia," Kisah Sebenar Disebalik Gambar Tular Pengantin Bertopeng Bersanding.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Bukan Takut Bini Sebab Kawin Dua Lah,Kerana Kedua-Dua Mereka Yang Dikatakan 'Pengantin' Itu Bukan Suami Isteri. Mereka Sebaliknya Hanya Model Yang Menjayakan Projek Penggambaran Jurugambar Dari Australia," Kisah Sebenar Disebalik Gambar Tular Pengantin Bertopeng Bersanding..


"TIADA istilah takut bini kerana kedua-dua mereka yang dikatakan 'pengantin' itu bukan suami isteri. Mereka sebaliknya hanya model yang menjayakan projek penggambaran jurugambar dari Australia," kata Ketua Pemasaran Nelissa House Agency, Nelissa Adreena Nizam berhubung gambar 'pengantin' memakai sarung muka yang tular sejak dua hari lalu lapor Metro.

Gambar dua individu memakai sarung sambil mengenakan pakaian pengantin itu bukan saja mencuit hati netizen, malah ada yang menganggapnya sebagai teknik untuk berkahwin dua.


Menurut Nelissa, gambar terbabit sebenarnya adalah hasil kerjasama antara pihaknya dengan Aliza Butik di Seremban dalam menjayakan projek penggambaran jurugambar dari Australia.

Menurutnya, penggambaran berkenaan dijalankan selama lima hari di dua lokasi berbeza di Seremban pada 20 hingga 25 Julai lalu .

"Dakwaan orang ramai mengatakan gambar itu diambil ketika majlis perkahwinan adalah tidak benar kerana ia adalah projek antara kami. Pihak Aliza Butik bertanggungjawab menyediakan pakaian pengantin manakala saya pula menguruskan model untuk penggambaran itu," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, hari ini.


Ditanya mengenai kecaman segelintir pengguna laman sosial yang mendakwa gambar terbabit menghina adat perkahwinan Melayu, Nelissa berkata, orang ramai tidak seharusnya melatah sebaliknya perlu berfikir daripada sudut positif.

"Menurut jurugambar itu, apa yang ingin ditonjolkan adalah keindahan adat perkahwinan Melayu dan kecantikan pakaian tradisional.


"Oleh itu wajah model ditutup menggunakan sarung bagi menonjolkan adat itu sendiri selain menyuntik elemen kesenian. Malah jika dilihat hasil gambar di akaun Instagram jurugambar terbabit, kebanyakan gambar banyak menggunakan konsep sama," katanya.

Menurut Nelissa, dia dan pemilik Aliza Butik juga tidak menyangka gambar berkenaan diambil oleh pihak tertentu hingga menjadi tular.


"Tidak sangka ia menjadi tular hingga mendapat perkongsian lebih 27,000 sebaik ia dimuat naik oleh sebuah laman Facebook. Namun kami tidak melatah dalam hal ini dan menerima ia sebagai satu perkara positif.

"Saya harap dengan penjelasan ini dapat menolak dakwaan orang ramai yang mengatakan kami menghina adat perkahwinan Melayu," katanya.- Pen Merah Press


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uHkJiy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.