Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua Helikopter Baharu Untuk Bomba - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua Helikopter Baharu Untuk Bomba


PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bakal menerima dua buah helikopter baharu suku keempat tahun ini dan menjelang awal tahun depan (2018) bagi memantapkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) JBPM jika berlaku sebarang bencana.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata dua aset baharu yang bakal diterima JBPM adalah helikopter jenis Agusta Westland AW 189 buatan Itali.

Beliau berkata dengan penerimaan dua buah helikopter baharu berkenaan akan membantu JBPM dalam melaksana tugas SAR dengan lebih cepat dan berkesan.

"Selain helikopter, JBPM juga dalam proses memohon 'fire boat' yang mempunyai pelbagai kelengkapan untuk anggota JBPM menjalankan tugas ketika operasi menyelamat mangsa banjir dan seumpamanya.

"Susulan itu, JBPM turut membeli sebanyak 20 unit 'Aerial Ladder Platform' (ALP) yang mana satu daripadanya sudah tiba di Malaysia dan sedang dalam proses percubaan manakala 19 ALP akan tiba tidak lama lagi," katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Wan Mohd Nor berkata ketinggian ALP buatan dari Itali itu boleh mencapai sehingga 37 meter dan digunakan untuk JBPM ketika operasi menyelamat mangsa daripada kebakaran di tempat yang sukar dan tinggi.

"ALP ini dipasang pada lori dan bukan seperti 'turntable ladder' yang lurus memanjang bahkan ia fleksibel dan boleh membengkok mengikut keperluan situasi menyelamat," katanya.

Sementara itu, Wan Mohd Nor juga menjelaskan bahawa JBPM sedang dalam proses membina 14 buah balai bomba dan penyelamat baharu di kawasan terpilih, yang antara lain mampu menjadikan 'response time' bagi kawasan-kawasan terbabit lebih cepat, seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatan JBPM.

"Dengan siapnya balai bomba ni pada awal tahun hadapan, banyak lagi tempat yang kita boleh 'cover' dengan cepat daripada segi memadam kebakaran," katanya.

Wan Mohd Nor berkata antara lokasi untuk balai-balai bomba baharu terletak di Gemencheh, Seri Menanti, Negeri Sembilan dan Kuala Krai, Kelantan. - BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sLbHgd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.