Dua lelaki cuba seludup motosikal tumpas di sempadan
SERIKIN: Dua rakyat tempatan yang menunggang dua motosikal tanpa dokumen yang sah berjaya ditahan anggota tentera, ketika cuba melepasi sekatan yang dilaksanakan di Pos SJR di Kem Serikin menuju ke sempadan Indonesia.
Menurut jurucakap Pemerintahan Divisyen Pertama Infantri Malaysia, terdahulu pasukan sekatan telah mendapat maklumat awal risikan yang mengatakan dua suspek yang berumur 23 dan 30 tahun telah dibayar sebanyak RM2,500 untuk membawa motosikal curi tersebut ke sempadan.
“Kedua-dua warga Malaysia dan barang rampasan tersebut telah dibawa ke Balai Polis Bau sekitar jam 1.35 petang.
Dua motosikal yang diselamatkan itu merupakan model Yamaha FZ 150 dan Yamaha LC 135, yang dianggarkan bernilai RM12 ribu. – Sarawakvoice
✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v5t7cY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment