Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kanak-kanak mati didera ibu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kanak-kanak mati didera ibu

Kanak-kanak mati didera ibu|Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun mati dipercayai didera ibu tirinya dalam kejadian yang berlaku di Kampung Terimah, petang semalam.

Mangsa, berusia tiga tahun, lebam-lebam di beberapa bahagian badan, selain berdarah di bahagian dubur sebelum itu dibawa suspek ke Hospital Limbang pada jam 8.00 malam tadi.

Namun hasil pemeriksaan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.Difahamkan ibu tiri mangsa mendakwa
kanak-kanak itu cedera akibat terjatuh dan terbaring ketika bermain di lantai bilik air.

Hasil pemeriksaan hospital bagaimanapun meragui dakwaan suspek dengan keadaan fizikal mangsa dan kemudian menghubungi dan memaklumkan polis.

Suspek kemudian turut membuat laporan di Balai Polis Pusat Limbang 9.00 malam tadi selepas mengetahui mangsa sudah meninggal dunia.

Mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Limbang pada jam 11.00 malam tadi dan akan di bedah siasat pada Ahad ini di Hospital Miri.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut, namun enggan mengulas lanjut.

The post Kanak-kanak mati didera ibu appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vSfFXw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.