Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenapa Pakcik Ini Digelar ‘Lelaki Hutan Bangladesh’? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenapa Pakcik Ini Digelar ‘Lelaki Hutan Bangladesh’?



ABDUL Samad Sheikh, seorang lelaki berusia 60 tahun membuktikan sumbangannya penuh bermakna apabila menanam sekurang-kurangnya sebatang pokok setiap hari sejak berusia 12 tahun.

Ini bermakna beliau telah menanam lebih 17,500 pokok yang boleh diibaratkan sebagai sebuah hutan kecil.

Bayangkanlah sekiranya semua orang mengikuti jejak beliau, pasti dunia ini penuh dengan kehijauan dan kesegaran.

Abdul Samad diberi gelaran sebagai ‘Tree Samad’ (Samad Pokok) di kampung halamannya di Faridpur, tengah Bangladesh.

Walaupun hanya bekerja sebagai pemandu lanca dengan upah kira-kira AS$1.25 (RM5.37) sehari yang cukup-cukup untuk menampung makanannya sekeluarga, tetapi beliau masih berupaya membeli sekurang-kurangnya sebatang pokok dari Pusat Hortikultur Faridpur, setiap hari.

Beliau menyifatkan tindakan itu adalah tanggungjawabnya kepada dunia, dan mendakwa tidak dapat tidur tanpa menanam sebatang pokok pada hari berkenaan. – odditycentral/mStar Online



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sKN5nO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.