Lelaki Dibakar Hidup-Hidup Di Indonesia
Manusia moden mungkin semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan akal dalam membuat sebarang tindakan.
Ada segelintir yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan ‘niat’ ingin mencegah kemungkaran tercapai biarpun bertentangan dengan nilai kemanusiaan dan agama.
Itu berlaku di Indonesia apabila seorang lelaki yang disyaki mencuri telah diperlaku kejam oleh penduduk kampung dengan dibakar secara hidup-hidup dalam kejadian di Madura, wilayah Jawa Timur, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 malam Ahad, lelaki yang namanya tidak dinyatakan itu mulanya ditangkap orang ramai setelah dituduh ingin memecah masuk sebuah rumah di kawasan perkampungan berkenaan.
Menerusi rakaman video pertama, lelaki itu difahamkan telah dipukul berulang kali berdasarkan kesan baju dan keadaan tubuh dirinya yang habis berlumuran darah.
Dia kemudian disoal siasat dan diajukan soalan secara bertubi-tubi, namun masih tetap tidak mengakui kesalahannya.
Bagaimanapun dalam sebuah lagi rakaman, lelaki tersebut dilihat menjerit kesakitan akibat dibakar hidup-hidup.
Kedengaran suara lelaki lain di belakang mengatakan, “ngaku, ngaku!”.
Netizen tempatan yang melihat rakaman rata-ratanya meluahkan rasa terkilan, sedih dan kecewa sekali dengan insiden kekejaman terbabit.
Ada meminta untuk disiasat segera pelaku di dalam video agar dapat ditangkap kumpulan lelaki berkenaan yang sewenang-wenangnya memberi hukuman kejam kepada pencuri berkenaan.
“Sekalipun dia bersalah kerana curi, serahkan je kepada pihak berkuasa. Bukannya kamu semua berlagak nak jadi ‘tuhan’ sampai pergi bakar dia. Jawab la korang dekat akhirat nanti!,” tulis seorang netizen. – MYNEWSHUB.CC
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uooNCg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment