LELAKI TUNJUK KEMALUAN, DUA GADIS DIGANGGU DI SHAH ALAM
SHAH ALAM, 22 Julai — Seorang penunggang motosikal lelaki menunjukkan kemaluannya kepada dua gadis dalam dua insiden berasingan di Seksyen 7 di sini.
Dalam insiden 5.50 petang kelmarin, seorang gadis yang dikenali “Mira”, 19, menunggu rakannya di perhentian bas dekat Masjid Ar-Rayyan.
Menceritakan kejadian itu, Mira, yang berseorangan, berkata dia dihampiri suspek lelaki memakai penutup mulut dan menunggang motosikal Yamaha LC.
“Dia kemudian memanggil saya dengan panggilan adik lalu membuka zip dan menunjukkan serta mengusap kemaluannya sebelum saya melarikan diri ke dalam masjid,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.
Wanita terbabit kemudian meminta bantuan jemaah masjid membuat aduan di Balai Polis Seksyen 9, di sini.
Seorang lagi dikenali “Suraya”, 21, juga diganggu dipercayai lelaki yang sama, di hentian bas pusat komersial Seksyen 7.
Katanya, sewaktu insiden 12 tengahari kelmarin, dia bersendirian menunggu teksi sebelum didekati lelaki bermotosikal sebelum menunjukkan kemaluannya.
“Saya bernasib baik ketika itu sebuah teksi berhenti sebelum dia bergegas memecut motosikalnya,” Suraya dilaporkan berkata.
Walaupun sempat merakam gambar suspek dari belakang, mangsa bagaimanapun tidak membuat laporan polis.
Ketua polis Shah Alam pula berkata maklumat yang diperolehi, suspek itu menggunakan nombor pendaftaran palsu dan menasihati wanita agar lebih berhati-hati.
“Polis juga sedang giat mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada polis,” kata ACP Shafien Mamat.
– http://ift.tt/1aoZXzE
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uJlY1w
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment