Hi! Welcome Back and Stay Tune! PENGKHIANAT AKAN MENGKHIANATI LAGI, KATA ANIFAH - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PENGKHIANAT AKAN MENGKHIANATI LAGI, KATA ANIFAH

Kenyataan ahli Parlimen Kimanis itu secara tidak langsung merujuk kepada bekas naib presiden Umno, Shafie Apdal dan beberapa pemimpin pembangkang negeri yang menjadi pengkhianat kepada parti yang menjadikan mereka pemimpin.

“Sekarang mereka mengkhianati parti lama dan apa yang menjadikan semua orang begitu yakin, mereka tidak akan mengkhianati lagi, terutama kepada penyokong?” soal beliau.

“Sekiranya saya terpaksa meninggalkan parti saya suatu hari nanti, saya akan melakukannya dengan penuh hormat, tidak akan menjadi pengkhianat,” katanya semasa bertemu Pemuda Umno Kimanis di Bongawan pada malam tadi.

Beliau berkata Shafie yang merupakan presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) beralih arah dan kini menentang Umno.

Anifah menegaskan Warisan hanyalah “parti pungut”, dibentuk para pemimpin yang juga melompat dari satu parti kepada parti lain iaitu bekas ahli Parlimen PKR Darrel Leiking dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (DAP), Junz Wong.

Leiking dan Wong dijadikan timbalan dan naib presiden Warisan di Sabah, selepas meninggalkan parti masing-masing tahun lepas.

Menurut Anifah, matlamat politik Shafie kini membawanya ke Kimanis, sebuah tempat yang tidak pernah dijejaki ketika masih dalam Umno dan menjadi menteri persekutuan.

“Sekarang beliau pergi ke Kimanis, menjanjikan penduduk pelbagai kemudahan dan juga bantuan.

“Tetapi apa yang beliau lakukan untuk membantu orang Kimanis?” katanya.

Anifah juga berkata Shafie pernah membuatnya menunggu selama lebih dua jam berhubung peruntukan RM50 juta bagi projek membantu penduduk Kimanis yang tidak pernah menjadi kenyataan, ketika beliau masih menjadi menteri pembangunan luar bandar dan wilayah.

“Berapalah nilai RM50 juta berbanding peruntukan RM13 bilion yang diberi kepada kementeriannya pada masa itu?

“Saya tidak berasa sangsi dengannya tetapi saya memikirkan permintaan penduduk Kimanis tidak akan menjadi masalah, tambahan pula ia datang daripada saya, seorang penduduk Sabah dan menteri persekutuan,” katanya.

Anifah berkata beliau akhirnya menyedari dana itu tidak akan menjadi kenyataan selepas berbulan menunggu.

Sejarah politik Sabah mempunyai banyak contoh pemimpin yang bertanding menentang bekas parti mereka.

Umno Sabah sendiri terdiri daripada bekas Pertubuhan Kebangsaan Bersatu Sabah (Usno) yang dibubarkan pada 1994.

Contoh lain ialah Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Joseph Pairin Kitingan sebelum itu Berjaya, manakala Presiden Parti Rakyat Bersatu (PBRS) Joseph Kurup pernah bersama PBS. Pengasas United Pasokmomogun Kadazan (Upko) Bernard Dompok juga berasal daripada PBS.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uJtf1x

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.