Hi! Welcome Back and Stay Tune! MSI Bekerjasama Dengan Lazada Untuk Membuka Kedai Atas Talian Untuk Pasaran Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MSI Bekerjasama Dengan Lazada Untuk Membuka Kedai Atas Talian Untuk Pasaran Malaysia

Pembelian atas talian merupakan satu perkara yang sinonim untuk pengguna tempatan masa kini. Anda boleh membeli pelbagai barangan, termasuklah barangan runcit dan keperluan harian. Hari ini di acara gaming kelolaan MSI, mereka mengumumkan kerjasama dengan Lazada dan membuka kedai atas talian bagi menjual produk mereka.

Menurut MSI, kini pengguna boleh membeli produk mereka dengan mudah dan dengan Lazada, terdapat pilihan bayaran secara ansuran, tertakluk kepada cara pembayaran yang digunakan. Dan memandangkan status Lazada sebagai ‘kedai rasmi’ MSI, kesemua produknya serta perkhidmatannya adalah dijamin MSI.

Bersempena dengan perasmian kedai atas talian MSI di Lazada, mereka turut mengumumkan diskaun dan juga penaiktarafan percuma serta aksesori untuk komputer terpilih. Kupon diskaun sehingga RM 300 tersedia, dengan penaiktarafan RAM ataupun fon audio MSI Headset DS502.

Promosi ini diadakan dalam waktu terhad, bermula hari ini sehingga 13 Ogos 2017. Pada bulan lalu, MSI juga telah melancarkan kedai konsep pertama mereka berhadapan Plaza Lowyat. Pengguna boleh hadir ke lokasi tersebut dan mencubanya sebelum melakukan pembelian.

Layari: Kedai Atas Talian MSI di Lazada



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eWp64a

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.