Hi! Welcome Back and Stay Tune! MSI GT75VR Titan Boleh Di Pra-Tempah Pada Harga Bermula RM 13,499 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MSI GT75VR Titan Boleh Di Pra-Tempah Pada Harga Bermula RM 13,499

Pada acara Computex di Taipei pada Jun lalu MSI telahpun melancarkan laptop gaming terkini mereka, iaitu MSI GT75VR Titan. Sempena pengumuman kedai atas talian MSI menerusi Lazada, mereka mengumumkan yang laptop ini boleh di pra-tempah oleh pengguna tempatan pada harga bermula RM 13,499.

MSI GT75VR telah mengetengahkan lima ciri-ciri terkini dalam dunia gaming, dan salah satu ciri tersebut adalah hadir dengan paparan berkelajuan tinggi 120Hz. Bagi menyokong tujuan gaming, ia perlu mempunyai sistem penyejukan yang efektif dan MSI menyelesaikannya dengan sistem Cooler Boost Titan. Dan antara ciri-ciri lain termasuklah pembesar suara yang besar, papan kekunci yang responsif serta mampu memberikan maklumbalas sewaktu permainan.

Baca : Pandang Pertama – MSI GT75VR Titan

Bagi menjayakan pra-tempahan ini, MSI telah bekerjasama dengan Lazada dan menawarkan dua pakej pra-tempah. Pakej pertama dijual pada harga RM 13,499 merupakan GT75VR 7RE-017MY dengan kad grafik GTX1070 dan disertakan dengan paparan gaming ViewSonic VX2757 yang bernilai RM 799.

Pakej kedua pula dijual pada harga RM 17,999 merupakan GT75VR 7RF-070MY dengan kad grafik GTX1080 dan menyertakan kerusi gaming Warlord Phantom bernilai RM 899. Untuk kedua-dua pakej pra-tempah ini, pembeli akan turut menerima tetikus gaming dan juga beg laptop.

Pihak MSI turut menyatakan pratempah ini akan dibuka bermula 1 Ogos 2017 dan akan mula dihantar kepada pembeli pada 25 Ogos.

Pra-tempah: Laptop Gaming MSI GT75VR Titan



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w8xFMl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.