Hi! Welcome Back and Stay Tune! Netizen Dakwa Single Baru Ayda Jebat Macam Illuminati, Ini Penjelasan Ikhlas Dari Ayda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Netizen Dakwa Single Baru Ayda Jebat Macam Illuminati, Ini Penjelasan Ikhlas Dari Ayda


Ayda Jebat yang terkenal dengan lagu Awak Sangat Nakal dan Pencuri Hati bakal melancarkan sebuah lagi single terbaru bertajuk Mata. Namun apa yang mencuri tumpuan ialah simbol pada poster lagu tersebut yang menjadi bualan netizen ketika ini. 

Poster lagu Mata itu dikatakan mempunyai unsur illuminati sehingga ramai netizen menyoal simbol mata yang sering dikaitkan dengan organisasi rahsia itu. Namun Ayda segera menafikan perkara tersebut dan ianya adalah cantuman beberapa nombor agar kelihatan seperti sepasang mata. 

"Ini adalah idea saya. Kalau perhati betul-betul ia bukan simbol Illuminati seperti didakwa sebaliknya ia terbentuk hasil cantuman beberapa nombor yang akhirnya kelihatan seperti mata.

"Nombor itu adalah rahsia di sebalik simbol mata dan terdapat maksud yang ingin disampaikan. Mata boleh diertikan sebagai 'markah' atau 'point' dalam sesuatu pertandingan.


“Pada masa sama mata juga boleh dijadikan inuendo dalam memberi gambaran terhadap pihak lawan," kata Ayda Jebat dalam satu laporan Harian Metro. 

Ayda juga dalam pada itu mendedikasikan lagu ciptaan Audi Mok, Shazee dan dia sendiri kepada atlet negara sempena sukan SEA 2017 bulan depan. 

"Disebabkan itu untuk single ketiga ini saya sengaja memilih tema semangat. Saya mahu pendengar lebih terkesan dengan liriknya lebih-lebih lagi buat mereka yang kehilangan semangat,"ujarnya lagi. - www.kakishare.my

___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :

Koleksi video viral edisi 2017




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v5zOvB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.