Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terharu.Kasih Seorang Bapa. Bapa Ini Sanggup Menghantar Anak Lelakinya Setiap Hari Ke Sekolah Dengan Kerusi Roda Bagi Keselamatan Anaknya Terjamin.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terharu.Kasih Seorang Bapa. Bapa Ini Sanggup Menghantar Anak Lelakinya Setiap Hari Ke Sekolah Dengan Kerusi Roda Bagi Keselamatan Anaknya Terjamin..


Tatkala ramai bapa yang membawa anak ke sekolah dengan kenderaan bermotor dan berbumbung, seorang bapa melaksanakan tanggungjawabnya dengan hanya menggunakan kerusi roda.

Keterbatasan dari segi fizikal dan harta menyebabkan bapa ini melakukan tugasnya semampu yang boleh, dan dilihatkan dari keupayaan dan tindakannya, dia pastinya seorang yang kuat.

Pernahkah anda dengar mengenai kisah seorang bapa tunggal warga Filipina yang menjadi tular, Ryan Arebuabo yang dilihat hanya memesan dan melihat anaknya makan di kedai makan tempatan (Filipina), dan tidak memesan untuknya kerana kesempitan wang.


Kini kisah lelaki yang juga dari Filipina mendapat perhatian ramai setelah gambarnya yang memberi inispirasi disebarkan di laman Facebook.

Lelaki yang dikenali sebagai Tatay Alejandro, membawa anaknya yang berusia 7 tahun ke sekolah setiap hari dengan kerusi roda. Anak lelakinya itu bersekolah di Sekolah Randah Pasig (Pasig Elementary School).

Gambar seorang bapa kelainan upaya, Tatay Alejandro yang membawa anaknya ke sekolah dengan kerusi roda

Di dalam sebuah kenyataan dari Definiately Filipino, kami mendapati bahawa Alejandro membawa anak lelakinya ke sekolah dalam semua keadaan cuaca, sama ada hujan atau cuaca panas terik.


Tindakan ini pastinya sukar bagi seseorang kerana bapanya perlu memusingkan roda kerusi roda tersebut secara manual, yakni menggunakan tangan.

Pastinya banyak tenaga yang digunakan. Tambahan pula, anaknya bersaiz besar, dan pasti sukar baginya untuk menempuhi jalan yang sesak sepanjang perjalanan ke sekolah anaknya.

Menurut bapanya, tindakan yang dilakukan beliau bagi menjamin keselamatan anaknya.

Kekurangan upaya Alejandro berpunca dari penyakit polio yang menyerangnya semasa beliau berusia 5 tahun.


Dia menyatakan bahawa beliau seorang yang bertuah kerana masih berpeluang untuk berkahwin. Walaupun terbatas dari segi keupayaan fizikal, dia sedang melakukan yang terbaik untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang bapa.

Penghormatan yang tinggi perlu diberi kepada Alejandro kerana perasaan cinta yang cukup luar biasa terhadap anaknya yang ditunjukkan. Junior, yakni anaknya pasti akan membesar menjadi seorang yang baik dan berupaya membantu keluarganya suatu hari nanti.-Pen Merah Press



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tfktqC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.