Amerika Syarikat Umum Sekatan Perjalanan Baharu Ke Atas Korea Utara
WASHINGTON -- Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menjelaskan sekatan perjalanan baharu ke Korea Utara diambil atas sebab, "risiko serius serta peningkatan penangkapan dan penahanan jangka panjang terhadap rakyat AS," lapor agensi berita China Xinhua.
Sehubungan itu, rakyat AS yang ingin ke Korea Utara, perlu mendapatkan asport khas dan pengeluarannya adalah terhad serta hanya untuk situasi tertentu sahaja, kata jabatan berkenaan dalam satu kenyataan.
Sekatan baharu berkuatkuasa pada 1 September, rakyat Amerika yang berada di Korea Utara diminta meninggalkan negara itu sebelum tarikh kuatkuasa.
Pada 27 Julai lepas, Dewan Senat AS meluluskan rang undang-undang untuk mengenakan sekatan baharu lebih ketat terhadap Rusia, Iran dan Korea Utara. - BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fblICq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment