Hi! Welcome Back and Stay Tune! Waspada Panggilan Palsu Menyamar ‘Pegawai Polis Trafik’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Waspada Panggilan Palsu Menyamar ‘Pegawai Polis Trafik’

KUCHING: Orang ramai diminta berwaspada terhadap panggilan telefon palsu yang menyamar sebagai anggota atau pegawai polis trafik susulan wujudnya sindiket tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Sarawak, Superinteden Alexson Naga Chabu berkata pihaknya menerima banyak aduan dan panggilan daripada orang awam berkenaan dengan panggilan polis palsu tersebut.

Menurutnya, ia susulan wujudnya sindiket yang menyamar sebagai pegawai atau anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan memberitahu mangsa terlibat dengan kemalangan langgar lari.

Alexion berkata, pemanggil juga mengatakan bahawa mangsa yang dilanggar meninggal dunia, kenderaan yang digunakan oleh mangsa adalah kereta jenis BMW yang disewa, dan kebanyakkan mangsa yang menerima panggilan ini tidak mempunyai kereta jenis BMW.

Menerusi satu kenyataan hari ini, beliau berkata, sebagai peringatan, mana-mana orang awam yang menerima panggilan palsu tersebut dinasihati agar tidak terpedaya dengan panggilan sedemikian yang cuba memburukan dan menjatuhkan nama baik pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya JSPT kontinjen Sarawak.

“Pihak PDRM atau trafik tidak pernah mengenakan atau meminta apa-apa bayaran untuk menyelesaikan kes kemalangan yang berlaku kecuali bayaran untuk salinan dokumen atas permohonan pengadu dan setiap bayaran dokumen tersebut akan dikeluarkan resit rasmi kerajaan.,” tegasnya

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mendedahkan maklumat-maklumat peribadi seperti maklumat kad pengenalan, nombor kad atm, nombor akaun bank dan alamat kediaman.

“Jangan sesekali percaya panggilan-panggilan orang yang tidak dikenali,” katanya

Orang ramai juga dinasihatkan menghubungi pihak Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPK Sarawak di talian 082 274018/274264/274259, bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik daerah Kuching di talian 082-221127 atau mana-mana bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik daerah yang berdekatan sekiranya menerima panggilan yang meragukan. - Sarawakiana


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fblLhA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.