Banjir: 500 Maut, 810 Hilang Di Sierra Leone
FREETOWN – Angka kematian akibat banjir lumpur yang melanda ibu negara Sierra Leone dilaporkan mencecah lebih 500 orang, manakala 810 lagi hilang.
“Jumlah kematian sudah meningkat melebihi 500 orang,” kata Naib Presiden Sierra Leone, Victor Bockarie Foh pada majlis penyerahan bekalan bantuan oleh Kerajaan Jepun.
Sementara itu, jurucakap kerajaan, Abdulai Bayratay, berkata 810 mangsa dilaporkan hilang, sekali gus mengesahkan anggaran yang dibuat sebuah pertubuhan bukan kerajaan beberapa hari lalu.
Bayratay berkata, pihak tentera dengan bantuan pakar forensik dari Sepanyol akan meneruskan usaha mengesan mangsa hilang dalam banjir lumpur pada 13 Ogos lalu. – AFP/BH ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w2ILW2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment