Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bocor Laporan 1MDB: Rayuan Rafizi Ditolak Mahkamah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bocor Laporan 1MDB: Rayuan Rafizi Ditolak Mahkamah

KUALA LUMPUR – Nasib Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli bakal berakhir dalam penjara selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan berhubung hukuman jel 18 bulan terhadapnya.

Ini selepas beliau didapati bersalah sebelum ini kerana sengaja mendedahkan satu halaman Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) pada tahun lalu yang diklasifikasi sebagai rahsia.

Hakim Datuk Azman Abdullah namun membenarkan rayuan daripada Naib Presiden PKR itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 18 bulan bagi pertuduhan memiliki dokumen yang sama.

Rafizi sebelum ini dihukum penjara 18 bulan selepas didapati bersalah atas tuduhan memiliki tanpa kebenaran yang sah halaman 98 Laporan Pengauditan 1MDB yang bersalahan dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Ini kerana beliau memang tidak berhak menyimpan dokumen sulit tersebut di lobi Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen di sini pada pukul 3 petang, 24 Mac 2016.

Rafizi turut didapati bersalah dan dihukum penjara 18 bulan kerana mendedahkan kandungan rahsia di halaman tersebut dalam satu sidang akhbar di tempat dan masa sama, pada 28 Mac 2016.

Hukuman penjara itu diperintahkan berjalan secara serentak. Pada prosiding hari ini, mahkamah sama turut membenarkan permohonan Rafizi yang diwakili peguam bela, Gobind Singh Deo.

Ia untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu keputusan muktamad rayuan akhir di peringkat Mahkamah Rayuan pula.

Sekiranya gagal di Mahkamah Rayuan, Rafizi akan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen dengan berdasarkan peruntukan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan.

Ia menyatakan seseorang ahli Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika dijatuhi hukuman penjara lebih setahun atau didenda lebih daripada RM2,000. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wwZu5q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.